Wednesday, October 12, 2016
Wednesday, May 11, 2016
Karun Maksima melawan Pentadbir Tanah Port Dickson (Alienation)
Perayu telah memohon tanah dasar laut dan persisiran pantai pada 2002 dan diluluskan pada 2013. Dalam tahun yang sama perayu menerima Notis 5A dan membayarnya sebelum tamat tempoh. Hakmilik tidak didaftarkan hampir 8 tahun setelah pembayaran dibuat.
Mahkamah rayuan mengekalkan keputusan mahkamah Tinggi dengan menyimpulkan bahawa Sekyen 80(3), 81(2) dan 180(1) KTN tidak boleh mengatasi seksyen 78(3) dimana selagi hakmilik tidak didaftarkan status tanah masih 'state land'. Perkataan 'shall' didalam seksyen 80(3) bukan bersifat mandatori yg mengikat Pendaftar mendaftarkan hakmilik. Pembatalan kelulusan pemberimilikan dan memulangkan semula bayaran Notis 5A adalah tidak melanggar undang2 berdasarkan beberapa faktor sosial dan alam sekitar..
Tuesday, April 19, 2016
Perbezaan Ismen dan Hak Lalulalang Pentadbir Tanah
Tanah
merupakan satu aset yang amat bernilai dewasa ini. Justeru itu, kepentingan
jalan keluar masuk ke sesuatu tanah adalah mustahak bagi membolehkan tanah
tersebut dimajukan bagi maksud ketegori (jenis penggunaan tanah) yang
diluluskan oleh PBN. Konsep asas di dalam Kanun Tanah Negara adalah Pendaftaran
dan ianya adalah segala-galanya berlandaskan sistem Torrens yang diperkenalkan
oleh W.E Maxwell (Pesuruhjaya Tanah Negeri-Negeri Selat) ke Tanah Melayu lebih
seabad yang lalu. Oleh kerana itu laluan/hak ke atas tanah orang lain perlulah
didaftarkan bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak (yang menggunakan
dan yang mengizinkan). Di bawah KTN tidak mengiktiraf jalan keluar masuk yang
diwujudkan secara equity {kes: E.W.Talalla lwn Ng Yee Fong & Anor (1985)1
MLJ 261], secara pemberian tersirat, preskripsi, penggunaan yang lama, adat
ataupun persetujuan. Ianya perlulah satu pemberian yang nyata dan didaftarkan.
Di bawah
Kanun Tanah Negara, menyediakan beberapa peruntukkan bagi membenarkan pemilik
tanah untuk menggunakan tanah orang lain terutamanya tanah yang berjiran untuk
laluan tertentu seperti mendapat akses ke tempat awam. Hak ini boleh diwujudkan
secara persetujuan bersama iaitu ismen
atau melalui kuatkuasa undang-undang oleh PBN iaitu dengan Hak Lalu-Lalang Pentadbir Tanah. Secara pentadbiran, kebiasaannya
bagi menyelesaikan masalah jalan keluar-masuk, Pentadbir Tanah akan
mengesyorkan pelaksanaan Ismen dahulu dan jika ianya tidak mencapai persetujuan,
Pentadbir Tanah (berdasarkan siasatan bagi mengkaji keperluannya) akan
menggunakan kuasanya mewujudkan Hak Lalu-lalang Pentadbir Tanah. Walaupun
perkara ini tidak disebut didalam undang-undang, namun secara rasionalnya ianya
adalah munasabah bagi Pentadbir Tanah menasihati pemohon akses keluar-masuk
untuk mendapatkan ismen terdahulu.
Ismen dan
Hak lalu-Lalang pentadbir Tanah merupakan dua perkara yang berbeza dari
undang-undang dari segi pegwujudan, ciri-ciri , kesan dan sebagainya. Oleh
kerana itu, bagi pemahaman yang ringkas dan padat, dibawah ini disertakan
perbezaan antara Ismen dan Hak Lalu Lalang Pentadbir Tanah.
Ismen
|
Hak Lalu-Lalang Pentadbir Tanah
|
Takrifan
:
Sek. 282:
“Ismen
ertinya apa-apa hak yang diberi oleh seorang tuanpunya, selaku tuanpunya,
kepada seorang lain, dan untuk kenikmatan berfaedah dari tanahnya”
|
Takrifan:
Satu hak yang membolehkan PBN, pemunya tanah
berimilik lain atau orang awam untuk melalui di atas tanah berimilik untuk
mendapatkan akses ke tempat awam, hutan simpan, tanah rizab atau
tanah untuk mengambil bahan batuan.
Tempat awam yang dimaksudkan adalah tepi pantai,
sungai, stesen keretapi, ajalan awam atau seumpamanya.
|
Faedah dan
pengwujudannya:
Hak-hak yang boleh diberi sebagai Ismen
a) apa-apa hak untuk membuat sesuatu dalam, atas atau
kepada tanah menanggung itu (Servient);
b) apa-apa hak yang melarang sesuatu itu dilakukan;
c) hak-hak tersebut tidak termasuk :-
· apa-apa hak untuk mengambil sesuatu daripada tanah
menanggung; atau
· apa-apa hak kepada milikan
eksklusif mana-mana bahagian darinya.
Sekatan ke atas kuasa memberi
· apa-apa larangan atau
batasan yang dikenakan oleh KTN atau mana-mana undang-undang bertulis pada
masa itu berkuatkuasa;
·
mana-mana tanah di bawah
pajakan, sewaan atau cagaran perlu mendapatkan persetujuan awal dalam satu
instrumen dengan mana ismen itu diberi
|
Faedah dan pengwujudannya:
Terdapat
dua jenis hak lalu-lalang Pentadbir Tanah iaitu:
1. Hak Lalu Lalang Persendirian
Jika
diwujudkan bagi faedah mana-mana pihak yang berikut:-
·
Pihak
Berkuasa Negeri (PBN)
Atas
Permintaan PBN (Seksyen 390(1) KTN) yang akan membenarkan orang yang bertindak dengan
persetujuan PBN untuk melakukan perkara-perkara berikut:-
i.
Untuk berulang-alik
diantara tanah rizab dan perhentian awam
ii.
Untuk
berulang-alik diantara rizab hutan dan perhentian awam;
iii.
Untuk berulang-alik diantara sesuatu tanah dan
perhentian awam bagi maksud mengambil bahan batuan dari tanah itu.
·
Tuanpunya
mana-mana tanah milik
Atas Permintaan Tuan Punya Tanahmilik (Seksyen
389(3) KTN)
Akan membenarkan untuk melakukan perkara-perkara
berikut:-
i.
Tuanpunya
tanah berulang-alik diantara tanah tersebut dan perhentian awam.
ii.
Mana-mana
orang yang mendapat persetujuan tuanpunya tanah berulang-alik diantara tanah
tersebut dan perhentian awam.
iii.
Penduduk
mana-mana tanah milik
·
Atas
Permintaan Penduduk Tanah milik (Seksyen 389(3) KTN)
Akan membenarkan untuk melakukan perkara-perkara
berikut:-
i.
Penduduk
tanah itu berulang-alik diantara tanah tersebut dan perhentian awam
ii.
Mana-mana
orang yang mendapat persetujuan penduduk itu boleh berulang-alik diantara
tanah tersebut dan perhentian awam
2. Hak Lalu Lalang Awam
Jika diwujudkan bagi faedah
awam berulang-alik diantara mana-mana kawasan tanah yang ditetapkan dan
perhentian awam.
Kuasa mewujudkan hak dan tanggungan hak lalu
lalang Pentadbir Tanah ke atas tanahmilik.
Perintah Pentadbir Tanah hendaklah mengandungi:-
i.
huraian
mengenai tanah itu;
ii.
kenyataan
samada boleh berulang-alik dengan kenderaan atau haiwan;
iii.
lain-lain
syarat dan batasan
Hak yang diberi dan tanggungan yang dikenakan
akan terikat kepada tanah itu, tuanpunya dan penduduk pada masa itu.
|
Ciri-Ciri:
Di
dalam Re Ellenborough park (1956) mengariskan :
i.
terdapat
hakmilik dominan dan hakmilik servient;
ii.
Terdapat
hak yang dinikmati oleh pemilik dominan ke atas hak milik servient;
iii.
Pemilik tanah dominan dan pemilik tanah servien
terdiri dari orang yang berbeza.
iv.
Hak yang diberikan hendaklah boleh menjadi perkara
ismen.
Disamping
ciri-ciri di atas terdapat ciri-ciri lain yang menentukan bentuk ismen
seperti yang dipakai didalam KTN dan diamalkan di Malaysia:
·
Ia terdiri
samada dari hak berbentuk positif iaitu hak yang membenarkan pemilik dominan
melakukan sesuatu ke atas tanah pemilik servien; atau hak berbentuk
negative iaitu hak yang melarang pemilik servien dari melalkukan
sesuatu ke atas tanahnya demi untuk kebaikkan dan kepentingan pemilik
dominan. (s.283(1) KTN);
·
Hak itu tertakluk kepada sekatan iaitu ia tidak
membolehkan pemilik dominan mengambil apa dari tanah servien, dan ia juga
tidak boleh menjejaskan hakmilik ekslusif pemilik tanah servien.(s.283(2)
KTN).
·
Ismen
hanya diberikan dengan izin pemilik servien. Pemberian tersebut mesti dibuat
secara nyata. Ini bermakna ia tidak boleh diwujudkan dengan cara penggunaan
lama walau selama manapun tempoh penggunaan itu telah berlaku. (s.284(1)
KTN).
·
Pemberi
ismen iaitu pemilik servien mesti pemunya berdaftar kepada tanah servien.
Penerima pajak, penyewa dan pemeganag lessen tidak layak memberikan ismen.
(s.282 KTN).
·
Ismen
boleh diberi samada secara bertempoh atau selama-lamanya. (s.286(2) KTN).
·
Hak ismen mesti ditentukan dengan jelas. Hak itu
adalah seperti hak untuk lalu lalang, hak untuk membenarkan ruang di atas
tanah digunakan , larangan membina bangunan yang boleh menghalang aliran
angin dan sebagainya. Bentuk hak tersebut disebut di dalam Perkara III,
Borang 17A.
·
Disamping
itu ismen turut memberikan hak tambahan setakat mana yang perlu dan munasabah
untuk menggunakan hak ismen dengan berkesan. (s.286).
|
Ciri-ciri:
Berbeza dengan ismen yang diwujudkan melalui
persetujuan antara pemunya tanah, hak lalulalang Pentadbir tanah pula
diwujudkan oleh PBN melalui Pentadbir Tanah ke atas tanah berimilik.
Ini bermakna adalah hak yang dikuatkuasakan oleh
PBN ke atas pemunya tanah, bukan hak yang diberikan mana-mana pihak.
Oleh yang demikian keeangganan pemunya tanah
untuk membenarkan hak lalu lalang Pentadbir Tanah ini tidak menjejaskan
kesahihannya.
|
Prosedur permohonan
dan pendaftarannya:
Setiap
isemen mestilah didaftarkan seperti yang diperuntukkan dibawah s.286 KTN.
Terdapat 2 jenis pendaftaran ismen iaitu Borang 17A untuk biasa dan 17B untuk
ismen berbalsa sokongan dinding kongsi.
Ia juga
boleh mengandungi persetujuan untuk mengenakan bayaran tertentu sebagai
balasan kepada hak ismen.
Iseman
yang tidak didaftarkan adalah tidak sah walaupun terdapat perjanjian di
antara kedua belah pihak. Peruntukkan s.206(3) tidak dapat membantu untuk
menguatkuasakan isemen yang tidak berdaftar. Ini bermakna KTN tidak
mengiktiraf isemen dalam bentuk equity.
Dalam
kes Datin Siti hajar lwn Murugan (1070) 2 MLJ 153,
hakim Syed Agil barakbah memutuskan bahawa KTN tidak mengiktiraf isemen yang
tidak berdaftar walaupun ia dibuat di dalam perjanjian bertulis dan telah
diamalkan sekian lama oleh kedua-dua belah pihak.
|
Prosedur permohonan dan pendaftarannya:
Bagi hak lalulalang persendirian, prosedur
bermula dengan permohonan yang dibuat melalui Borang 28A oleh PBN, pemunya
tanah atau penduduk kepada pendaftar. Permohonan itu kemudiannya dihantar
kepada Pentadbir Tanah.
Bagi hak lalulalang awam pula, prosedur bermula
apabila Pentadbir Tanah berpendapat bahawa kewujudan satu hak lalu lalang
awam menjadi mustahak.
Apabila menerima permohonan hak lalu lalang
persendirian atau merasakan hak lalulalang awam menjadi mustahak, PT
seterusnya perlu mengadakan siasatan
dan penyelidikan bagi mengkaji kesesuainya.
Setelah berpuashati bahawa hak lalulalng PT itu
adalah wajar, maka PT akan membuat satu perintah bagi mewujudkan hak
lalulalang tersebut.
Perintah tersebut perlu menyatakan dengan jelas
berkaitan tanah, tempat awam dan jalan terbabit. Ia juga perlu menyatakan
syarat dan sekatan jika ingin ditetapkan.
Setelah perintah dikeluarkan, satu memorial
dimasukkan ke dalam dokumen hak milik daftaran dan keluaran. Memorial ini
penting bagi menunjukkan kewujudan hak lalu lalang PT kepada sesiapa sahaja
yang berurusniaga dengan tanah berkenaan.
Kesimpulannya, pengwujudan hak lalulalang ini
berdasrkan budi bicara PT dan PT perlu mempertimbangkan kewajaran dan
munasabah keperluan sesuatu hak lalu lalang.
Berdasarkan kes, Sirusa Inn Sdn.Bhd.
& LL lwn Pemungut Hasil Tanah Port Dickson & LL(1987) 1 MLJ
147, pengwujudan hak lalulang oleh PT Port Dikson dibantah oleh plaintif bagi
menggugurkanya dengan alasan ianya diwujudkan berdasarkan keselesaan pemohon.
Ini disebabkan masih ada jalan lain untuk pemohon
ke tepi pantai walaupun jalan tersebut agak jauh. Ini tidak bertepatan dengan
peruntukkan s.390(3) KTN yang memperuntukkan PT perlu mengikut budi bicaranya
dengan munasabah dan sesuai.
Di akhirnya mahkamah memutuskan kewujudan hak
lalulang tersebut tidak wajar.
Sebagaimana yang diperuntukkan dalam
seksyen 394 KTN, tuanpunya atau penduduk tanah milik lain yang terletak
bersempadan dengan tanah yang mengenainya hak lalu-lalang Swasta telah
diwujudkan boleh berkongsi menggunakan hak lalu-lalang itu jika di atas
permintaan yang dibuat olehnya kepada PT dalam borang 28C KTN, PT telah
memerintahkan bahawa ia adalah berhak untuk berkongsi menggunakannya.
Had perkongsian dan syarat-syarat yang
perkongsian itu tertakluk adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam
perintah itu. Sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 394(4) KTN, PT
hendaklah mengambil tindakan yang sepatutnya untuk membuat ingatan
mengenai perkongsian itu dalam dokumen-dokumen hakmilik daftar dan keluaran.
|
Bayaran
Pampasan:
Selain
dari fee permohonan dan bayaran pendaftaran yang dikenakan oleh PBN , bayaran
pampasan adalah diatas persetuan kedua-dua belah pihak (dominan dan servien).
|
Bayaran pampasan:
Oleh kerana seksyen 393(1) dan (3) KTN, tiada
seorang pun berhak mendapat pampasan untuk kerosakan yang dialami berikutan
dengan pengujudan hak lalu-lalang selain daripada kerosakan
mengenai pokok, tanaman atau bangunan.
Walaupun demikian di Pulau Pinang dan Melaka,
peruntukan-peruntukan KTN yang menghadkan jumlah pampasan yang kena dibayar
(mengenai kerosakan yang dilakukan dengan pengujudan hak lalu-lalang) tidak
terpakai kepada tanah di bawah geran (first grade) dan kepada tanah di bawah
hakmilik gantian yang lain (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Kanun
Negara (Hakmilik-hakmilik Pulau Pinang dan Melaka), 1963) yang mengandungi
peruntukan tersebut.
|
Kesan:
Ismen
mengikat pihak yang lain mengambil alih tanah itu (servien). Umpamanya pemilik servien menjual tanah itu kepada
pihak ketiga, pihak ketiga tersebut terikat dengan ismen yang sedia ada itu.
Ini kerana ismen adalah kekal bersama dengan tanah sehingga ia dibatalkan
atau dibatalkan menurut undang-undang (s.215(3)(a).
Ismen juga
turut boleh dinikmati oleh pihak lain yang menerima pindahmilik tanah pemilik
dominan (s.215(2)/s.287). Ismen juga turut boleh dinikmati oleh pemegang
pajakan, penyewa dan pemegang gadaian (s.287).
Bahkan
mereka boleh mengambil tindakan perlu bagi menguatkuasakan ismen.
|
Kesan:
Sama seperti ismen, dimana pengekalannya
berkuatkuasa kepada tanah walaupun berlaku urusniaga ke atas tanah tersebut selagi
tidak dibatalkan oleh PT.
.
|
Penamatan:
1. Pelepasan Ismen oleh tuanpunya tanah menguasai
(Seksyen 289);
· sebarang ismen yang diberi
di bawah peruntukan ini boleh dilepaskan pada bila-bila masa oleh tuanpunya
tanah menguasai;
· pelepasan sedemikian
hendaklah dilaksanakan atas Borang 17C.
2.
Pembatalan Ismen oleh Pendaftar (Seksyen 291)
·
bahawa ianya telah
dihapuskan dibawah Sek. 290 (cantuman hakmilik atau pemilikan tuan tanah yg
sama);
·
tempuh ismen diberi telah
tamat;
·
ismen tersebut telah
ditinggalkan ; atau
·
ismen tersebut telah
usang, dan pembatalannya tidak akan menjejaskan mana-mana orang yang berhak
untuk mendapat faedah darinya.
|
Penamatan:
Seksyen 395(1) KTN
memperuntukkan bahawa PT hendaklah mengadakan siasatan dan memerintahkan
supaya dihapuskan hak lalu-lalang jika ia berpendapat bahawa:
a) Mana-mana orang telah enggan
mematuhi mana-mana syarat berkaitan dengan perjalanan hak lalu-lalang
Pentadbir oleh orang itu; atau
b) adalah tidak mustahak untuk
meneruskan pengujudan hak lalu-lalang Pentadbir itu.
Sebagaimana yang diperuntukkan
dalam seksyen 395(2) KTN, apabila membuat perintah itu, PT adalah dikehendaki
untuk membatalkan ingatan mengenai pengujudan hak lalu-lalang itu dalam
dokumen-dokumen hakmilik daftar dan keluaran.
|
Allahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)