Monday, March 27, 2017

PECAH SEMPADAN TANAH

 
1.       DEFINISI

Pecah sempadan tanah bermaksud bahawa tanah yang dipegang dibawah hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah di pecah sempadankan kepada dua atau lebih bahagian supaya tiap-tiap satunya dipegang di bawah hakmilik-hakmilik yang berasingan oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama. [S.135(1)]


2.       KELULUSAN

Jika tiada apa-apa arahan bertentangan, kuasa untuk meluluskan pecah sempadan ialah Pengarah Tanah dan Galian bagi tanah yang dipegang dibawah hakmilik pejabat Pendaftar dan Pentadbir Tanah bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah. [S.135(1)(2)]


3.       PERMOHONAN

3.1           Permohonan pecah sempadan tanah hendaklah menggunakan Borang 9A dan disertakan dengan perkara-perkara berikut:-

(a)      Bayaran (seperti yang ditetapkan)

(b)      Pelan pra-hitungan yang menunjukkan secara terperinci pelan tataatur mengenai pecah sempadan itu dan salinan pelan mengikut bilangan seperti yang diperlukan oleh Pentadbir Tanah.

(c)      Surat  kebenaran dari badan-badan tertentu (pihak berkuasa perancangan atau badan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri) dan
(d)      Surat kebenaran dari orang atau badan yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah tersebut.

3.2           Jika permohonan tersebut berkaitan dengan tanah ladang, maka Pentadbir Tanah hendaklah merujuk kepada Lembaga Tanah Ladang yang ditubuhkan dibawah Seksyen 214A.

4.       SYARAT-SYARAT (S.136(1))

Pecah sempadan tanah hanya boleh diluluskan jika memenuhi syarat-syarat berikut:-

(a)      tidak bertentangan dengan sekatan kepentingan dimana tanah itu tertakluk.
(b)      tiada bertentangan dengan undang-undang lain yang pada waktu itu berkuatkuasa.

(c)      mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Perancang.

(d)      mendapat persetujuan daripada badan/pihak berkuasa tertentu.

(e)      tiada hasil terhutang

(f)       persetujuan daripada orang/badan yang mempunyai kepentingan tertentu ke atas tanah itu.

(g)      memenuhi keperluan keluasan minima bahagian yang hendak dipecah sempadan.

(h)      bentuk bahagian yang hendak dipecahkan itu hendaklah bersesuaian dengan tujuan ianya dipecahkan.

(i)       memberi keperluan jalan keluar masuk untuk bahagian yang dipecah sempadan itu.


5.       BAYARAN [S.138(4)(a)(b)]

Bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan apabila permohanan diluluskan ialah:-

(a)            bayaran upah ukur

(b)            bayaran bagi menyedia dan mendaftarkan hakmilik-hakmilik.

6.       PENOLAKAN PERMOHONAN

Apabila dimaklumkan bahawa permohonan ditolak oleh PTG (dalam kes kelulusan PTG diperlukan) Pentadbir Tanah hendaklah memaklumkan kepada pemohon dan membatalkan catatan yang telah dibuat didalam  DHD di bawah sek 137 (2) iaitu semasa permohonan diterima.

7.       PENGELUARAN HAKMILIK SAMBUNGAN

7.1           Apabila permohonan pecah sempadan telah diluluskan dan pihak pemohon telah memohon untuk dikeluarkan hakmilik sementara sebagai hakmilik sambungan maka Pentadbir hendaklah mengeluarkan hak milik sambungan sementara mengikut peruntukan dibawah seksyen 183, 186 dan 188 KTN.
7.2           Jika pemohon tidak memohon supaya dikeluarkan hakmilik sambungan sementara, maka Pentadbir Tanah hendaklah mengeluarkan hakmilik sambungan tetap apabila proses pengukuran telah diselesaikan.

8.       PENENTUAN CUKAI

8.1           Selepas pecah sempadan diluluskan Pentadbir hendaklah mengira semula cukai tanah berdasarkan kepada kadar cukai yang dikenakan pada masa pemberimilikan terdahulu.

8.2           Jika kadar cukai ini tidak dinyatakan, maka kaedah pengiraan cukai ialah dengan cara mengira jumlah cukai asal dan dibahagikan dengan keluasan asal dan kemudian dikalikan dengan luas setiap bahagian yang dipecahkan. Perlu diingatkan bahawa kaedah pengiraan cukai ini tertakluk kepada S.96 KTN.

9.       PERMINTAAN UKUR


Pentadbir Tanah hendaklah menghantar Borang Permintaan Ukur kepada Juruukur Daerah untuk pengukuran muktamad. Sekiranya pengukuran akan dibuat oleh Jabatan Ukur maka Pentadbir Tanah hendaklah memastikan bahawa bayaran ukur telah dikutip.

HAK LALU LALANG PENTADBIR TANAH/ LAND ADMINISTRATOR RIGHT OF WAY

1.0           TUJUAN
Untuk membolehkan tanahmilik seseorang digunakan oleh orang lain sebagai jalan keluar masuk ke suatu perhentian awam

“PERHENTIAN AWAM” bererti : tepi pantai atau sungai, stesen keretapi atau jalan awam

2.0           HAK LALU LALANG PENTADBIR TANAH

2.1     Hak Lalu Lalang Persendirian

          Jika diwujudkan bagi faedah mana-mana pihak yang berikut:-

i)                 Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
ii)               Tuanpunya mana-mana tanah milik
iii)              Penduduk mana-mana tanah milik

2.2           Hak Lalu Lalang Awam

Jika diwujudkan bagi faedah awam

3.0           HAD PENGGUNAAN HAK LALU LALANG PERSENDIRIAN

3.1     Atas Permintaan PBN

Akan membenarkan orang yang bertindak dengan persetujuan PBN untuk melakukan perkara-perkara berikut:-
i)                 Untuk berulang-alik diantara tanah rizab dan perhentian awam
ii)               Untuk berulang-alik diantara rizab hutan dan perhentian awam
iii)              Untuk berulang-alik diantara sesuatu tanah dan perhentian awam bagi maksud mengambil bahan batuan dari tanah itu

3.2           Atas Permintaan Tuan Punya Tanahmilik

Akan membenarkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:-

i)                 Tuanpunya tanah berulang-alik diantara tanah tersebut dan perhentian awam
ii)               Mana-mana orang yang mendapat persetujuan tuanpunya tanah berulang-alik diantara tanah tersebut dan perhentian awam

3.3           Atas Permintaan Penduduk Tanahmilik

Akan membenarkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:-

i)                 Penduduk tanah itu berulang-alik diantara tanah tersebut dan perhentian awam
ii)               Mana-mana orang yang mendapat persetujuan penduduk itu boleh berulang-alik diantara tanah tersebut dan perhentian awam

4.0           HAD PENGGUNAAN HAK LALU LALANG AWAM

Akan membenarkan orang awam berulang-alik diantara mana-mana kawasan tanah yang ditetapkan dan perhentian awam.




5.0           KUASA MEWUJUDKAN HAK DAN TANGGUNGAN HAK LALU LALANG

5.1     Pentadbir Tanah boleh mewujudkan Hak Lalu Lalang ke atas tanahmilik

5.2           Perintah Pentadbir Tanah hendaklah mengandungi:-

i)                 huraian mengenai tanah itu
ii)               kenyataan samada boleh berulang-alik dengan kenderaan atau haiwan
iii)              lain-lain syarat dan batasan

5.3           Hak yang diberi dan tanggungan yang dikenakan akan terikat kepada tanah itu, tuanpunya dan penduduk pada masa itu.

6.0           BERKONGSI MENGGUNAKAN HAK LALU LALANG

Tuanpunya/penduduk-penduduk tanahmilik lain yang bersempadan dengan tanah itu (yang sedia ada Hak Lalu Lalang SENDIRIAN) boleh memohon kepada Pentadbir Tanah untuk berkongsi untuk menggunakan Hak Lalu Lalang

7.0           PENGHAPUSAN HAK LALU LALANG

Pentadbir Tanah boleh menghapuskan Hak Lalu Lalang disebabkan keadaan-keadaan berikut:-

i)                 mana-mana orang telah melanggar mana-mana syarat yang telah dikenakan
ii)               pewujudannya tidak lagi mustahak

8.0           PAMPASAN KE ATAS KEROSAKAN DENGAN PEWUJUDAN HAK LALU LALANG

Tidak berhak menuntut, selain daripada kerosakan pokok, tanaman dan bangunan (melainkan jika diperuntukkan di dalam mana-mana undang-undang bertulis)

9.0           KOS (UKUR, MEMBINA, MENYELENGGARA DAN MEMBAIKI)

9.1     Hak Lalu Lalang Sendirian – PBN, Tuanpunya dan Penduduk


9.2     Hak Lalu Lalang Awam - PBN

Sekitar Kursus/Seminar/One day course: Urusniaga dan Halangan Urusniaga di bawah KTN

Tarikh : 25 Mac 2017
Tempat : Hotel De Palma, Ampang, Selangor










Thursday, March 23, 2017

Seminar / Kursus Pembangunan Tanah Di bawah Kanaun Tanah Negara


Tarikh : 22 April 2017 (Sabtu)

Masa : 8.30 - 5.00 petang

Tempat : Hotel De Palma, Ampang Selangor

Jika berminat hantar Nama, Jawatan dan nama organisasi melalui wasap  013-3727213 atau
email kepada aditya7land@gmail.com.

Tarikh tutup permohonan pada 13 April 2017.

Tempat adalah terhad.

Sunday, February 26, 2017

Kursus / Seminar Perundangan Dan Pentadbiran Tanah bagi Januari - Jun 2017


Further information:

Email : aditya7land@gmail.com
Call/sms/whatapps : 013-3727213 / 019 - 2082948  : Mr. Adit

Sunday, February 12, 2017

Seminar / Kursus / One Day Course : Urusniaga dan Bukan Urusniaga Di Bawah KTN 1960 Serta Pendaftarannya

Penyertaan dibuka sekarang....

Tarikh : 25 Mac 2017 (sabtu)
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg.
Tempat : Hotel De Palma, Ampang, Selangor
Fasilitator : Tn.Hj. Ab Aziz b. Ismail K.M.N

Tarikh tutup penyertaan : 16 Mac 2017 (Khamis)




One Day Course: Akta Pengambilan Tanah 1960

Tarikh : 16 Januari 2017 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg.
Tempat : Hotel De Palma, Ampang, Selangor
Fasilitator : Tuan Baharuddin b. Md.Yusof